Muškarci ne plaču

Muškarci ne plaču (Bahasa Inggeris: Men Don't Cry) merupakan sebuah filem drama Bosnia dan Herzegovina tahun 2017 yang diarahkan oleh Alen Drljević.[1] Ia telah dipilih mewakili Bosnia dan Herzegovina bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi ke-90 tetapi gagal dicalonkan.[2][3] Filem ini pernah memenangi Anugerah Khas Juri Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary ke-52 pada tahun 2017.[4]

Muškarci ne plaču

Bahasa Bahasa Bosnia
Pengarah Alen Drljević
Penulis Alen Drljević
Mula ditayangkan 1 Julai 2017 (2017-07-01) (Karlovy Vary)
Tempoh tayangan 98 minit
Dibintangi oleh Boris Isaković
Negara Bosnia dan Herzegovina